Saturday, September 3, 2011

KURSUS ASAS SCORER BOLA TAMPAR SMK JITRA


fasilitator menyemak kertas scorer
taklimat praktikal oleh en. azlan ong
ujian praktikal bg peserta kursus
kelas teori oleh en. azlan ong
Kelab Bola Tampar SMK Jitra telah berjaya menganjurkan satu kursus asas scorer bola tampar. kursus ini adalah persediaan SMK Jitra sebagai penganjur Bola Tampar MSSD K.Pasu dan MSS Kedah 2011.
Kursus seperti ini dianjurkan bagi melatih pelajar sebagai pembantu pengadil semasa kojohanan berlangsung nanti. Seramai 40 peserta telah dipilih dari tingkatan 2 hingga tingkatan 4 untuk mengikuti kursus ini. dalam kursus ini..peserta kursus didedahkan dengan pelbagai ilmu pengadilan dalam bola tampar. kursus ini juga dibahagikan kepada berapa bahagian iaitu teori dan praktikal. kursus ini amat berketepatan kerana SMK Jitra adalah sebuah sekolah kluster dalam bola tampar....sekian

KEM ALAM SEKITAR MARIN UNIT UNIFORM SMK JITRA

pelajar mengasingkan ikan baja....bau nyaman sekali.
peserta kena snorkling sampai pelantar scuba
para guru pengiring setiap unit uniform
Pada 26 -28 Mei 2011...unit uniform smk jitra telah berjaya melaksanakan satu program kluster iaitu kem alam sekitar marin di Pulau Payar. Kem ini melibatkan 8 unit uniform yg terdapat di SMK Jitra. setiap unit diwakili seramai 10-15 pelajar.
aktiviti yang dijalankan di pulau payar ialah snorkling, jungle tracking, water confident dan byk lagi. program di jalankan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut. kem ini secara tidak langsung mendidik para pelajar mengenal dan menyelami hidupan laut.

Wednesday, May 11, 2011

Pasukan Kawalan Kehormatan Kor Kadet Polis Daerah Kubang Pasu 2011

ASP/K Abd Manaf
(Pegawai Baris)
ISP/K Mohd Hanif
Penolong Pegawai Baris / Anjutan)



semuanya possing maut, tahan nafas...jaga perut. hehehe


Pada 2-5 mei 2011....kor kadet polis kubang pasu telah ditugaskan sbg kawalan kehormatan untuk perasmian perkhemahan kor kadet polis peringkat negeri kedah yang di adakan di SLPGA Tupah, Merbok., Kedah. Pasukan ini dianggotai oleh beberapa anggota kadet daripada beberapa buah sekolah di sekitar daerah Kubang Pasu. Pegawai Baris ialah ASP/K Abd Manaf (SMK Changlun) dan Penolong Pegawai Baris (Anjutan) ialah ISP/K Mohd Hanif (SMK Jitra). Pasukan ini adalah pasukan yang mantap.....sebulan training. Bagi mewakili Kor Kadet Polis Daerah Kubang Pasu...TERIMA KASIH DIUCAPKAN kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..terutama pegawai2 dari IPD Kubang Pasu yang byk bertungkus lumus melatih pasukan ini. Diharap pasukan ini dikekalkan bagi perkhemahan yg akan datang sama ada di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri......Syabas.








Sunday, August 8, 2010

PERTANDINGAN MENEMBAK KOR KADET POLIS DAERAH KUBANG PASU

sharp shooter SMK Tunku Bendahara.................

Lepas tembak....apa lagi, kena angkat sumpah la............

steady la....ni dia baru sharp shooter.....


pada 29 Julai 2010....Pertandingan Menembak M16 Kor kadet Polis daerah kubang pasu telah dijalankan di Lapang Sasar UUM, sintok. 2 kategori telah dipertandingkan iaitu acara menembak antara pelajar dan acara menembak antara pegawai. Aktiviti ini amat bagus untuk pendedahan kepada ahli kadet polis di samping menarik minat ramai lg pelajar menyertai kor kadet polis. Dalam pertandingan ini..SMK Tunku Bendahara telah menghantar 10 anggota kadet polis yang terbaik (sharp shooter) bagi menggalas cabaran dan menaikkan nama SMK Tunku Bendahara antara sekolah yang terbaik dalam Kor Kadet Polis.

Sunday, July 11, 2010

LATIHAN KAWAD SENJATA M16 SMKTB

anggota wanita pun diberi peluang kawad senjata M16

tengah dok tengok demo dari jurulatih........

hehehe.....kena denda julang senjata


beri perhatian!!!!!! Anggota kadet diberi penjelasan daripada jurulatih



Kor Kadet Polis SMK Tunku Bendahara, Kodiang telah menjalani latihan kawad senjata m16 yang diadakan di IPD Kubang Pasu. Latihan kawad ini adalah salah satu program tahunan kor kadet polis smktb...Di samping itu juga...program ini adalah pendedahan kepada semua anggota kadet polis smktb tentang kawad senjata m16 serta mempelajari tentang cara mengendalikan M16. Selain itu...semua anggota telah diberi peluang untuk melerai dan memasang semula M16. Dengan ini para anggota kadet dapat mengenal bahagian-bahagian M16. Kerjasama yang diberikan oleh pihak IPD Kubang pasu amat baik sekali. Para jurulatih tidak lokek ilmu semasa memberi tunjuk ajar....SYABAS.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU...........


KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DI SELURUH PELUSUK MALAYSIA.......


SELAMAT HARI GURU........................

Monday, May 3, 2010

TEAM BOLA BALING SMK TUNKU BENDAHARA

tengah atur strategi....final

bukti....jaringan 8-6 lawan SMK Ayer Hitam

Barisan pemain bola baling SMK Tunku Bendahara 2010


pada tahun ini.....pasukan bola baling smk tunku bendahara berjaya menjadi johan Kejohanan Bola Baling MSSK Daerah Kubang Pasu 2010. Kejohanan dianjurkan oleh SMK Tunku Seri Indera Putera...pasukan SMKTB berjaya menewaskan pasukan SMK Ayer Hitam dengan jaringan 8-6. Seramai 5 pemain SMKTB terpilih mewakili daerah kubang pasu. TAHNIIIAAAAHHHHH........................................